Apakah itu Diorama ?

Diorama
Pendidikan seni visual di sekolah terbahagi kepada 4 bidang. Iaitu bidang menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan serta akhir sekali kraf tradisional. Diorama adalah salah satu tajuk yang berada di bawah bidang membentuk dan membuat binaan. Bersama-sama diorama ini termasuklah juga arca, asemblaj, boneka dan sebagainya.
Menurut Kamus Dewan, diorama ialah sejenis binaan tiga dimensi (3D) yang mengandungi pelbagai objek untuk menggambarkan situasi sebenar. Komposisi situasi tersebut hendaklah diletakkan di dalam kotak atau bekas yang ditebuk satu hingga tiga permukaan supaya dapat dilihat dari hadapan atau pun sisi.
Objek yang hendak disusun boleh digantung, didirikan atau dilekatkan pada tapak dan dinding kotak/bekas tersebut. Bahagian dinding kotak dilukis latarbelakang untuk menggambarkan situasi yang diperlukan berdasarkan tema diorama. Bahagian tapak kotak pula dihias dengan bahan untuk menimbulkan situasi yang sama seperti tema diorama
.
Menurut ModulHBA2203 Membentuk dan Membuat Binaan,
`Diorama merupakan gabungan catan yang besar yang mewujudkan persekitaran dan arca-arca figura di hadapannya bagi menghidupkan suasana catan besar tersebut, catan ini digantung di dinding-dinding bangunan untuk bahan tontonan orang ramai dan mula popular sekitar abad ke sembilan belas. Secara mudahnya diorama terdiri daripada dua dimensi dan arca figura tiga dimensi....’
Sejarah bermulanya diorama dan dari mana asalnya sehingga kini masih belum diketahui ahli sejarah. Namun begitu dikatakan diorama adalah satu hasil perkembangan kreativiti dari pengiat teater di Eropah dan Amerika Syarikat pada abad ke-19. Dikatakan negara yang memperkenalkan dan mempopularkan diorama adalah negara Jepun. Jepun telah begitu maju dalam industri perbuatan permainan kanak-kanak dan ini menjadikan diorama makin popular di Jepun.
Ciri-ciri Diorama
Ciri-ciri diorama ini adalah terdiri dari dua dimensi dan arga figura tiga dimensi. Objek tiga dimensi ini diperluaskan bagi kegunaannya dengan karangan laut, figura haiwan, fiksyen, pensejarahan dan cerita rakyat. Semuanya mempunyai tujuan yang jelas iaitu bagi memperlihatkan semua unsur naratif melalui penampilan 2D dan 3D dalam konteks diorama.
Ciri-ciri utama kepada semua seni rupa 3D ialah hasilnya dapat dilihat dari berbagai arah. Diorama semua arah boleh dilihat iaitu dari sisi tepi, depan dan ada juga boleh dilihat dari arah atas. Ciri-ciri lain ialah ianya juga mempunyai volume. Volume ini bermaksud, ianya mempunyai isipadu dan mempunyai ruang. Ianya juga mempunyai ukuran panjang , lebar dan tinggi.
Sebuah diorama mestilah menepati tema dan tajuk. Tema dan tajuk ini amat sesuai bagi diorama yang digunakan untuk tujuan pengajaran. Selain itu, bahan binaan yang digunakan perlulah sesuai dengan tujuan penghasilannya. Bahan binaan ini mestiah saling melengkapi serta mudah diaplikasikan.
Bahannya mestilah kuat, kukuh dan selamat. Ianya juga perlu difikirkan untuk jangka hayat yang lebih lama supaya hasil karya lebih lama boleh dilihat. Bahan juga boleh dipelbagaikan dengan cara adunan dan pemasangan yang baik kerana ianya boleh memberi satu gubahan yang artistik.
Ciri yang seterusnya ialah, penghasilan karya perlulah diterapkan dengan mengaplikasikan prinsip rekaan seperti rentak, pergerakan, kontra, warna, imbangan, harmoni dan kesatuan yang menarik.

2010 - present
Kreativiti Kanak-kanak melalui Diorama
2010 - present
Kajian terhadap perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak telah lama dibuat oleh tokoh-tokoh psikologi. Menurut kajian ahli psikologi, perkembangan manusia berlaku dari empat aspek perubahan iaitu jasmani, mental, emosi dan sosial yang dipengaruhi oleh dua faktor utama iaitu faktor baka dan faktor persekitaran. Antara tokoh-tokoh psikologi yang membuat kajian ke atas perkembangan kanak-kanak ialah Jean Piaget yang terkenal dengan Teori Perkembangan Kognitif Kanak-kanak, Teori Perkembangan Sosial Kanak-kanak oleh Diana Baumrind, Arnold Lucius Gesell dengan Teori Kematangan Kanak-kanak.
Secara terperincinya, tokoh-tokoh psikologi membuat kajian ke atas seseorang kanak-kanak yang membesar secara fizikal yang juga akan membina kualiti kelakuan dan personalitinya berdasarkan kepada empat faktor tingkah laku. Empat kategori pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak itu ialah perkembangan fizikal, perkembangan kognitif, perkembangan afektif dan psikologi, dan perkembangan sosial.

Jean Piaget :
Teori Perkembangan Kognitif Kanak-kanak

Diana Baumrind :
Teori Perkembangan Kanak-kanak

Arnold Lucius Gesell :
Teori Kematangan Kanak-kanak